Tuesday 23 April 2013

Air Boleh 'Mendengar'?

Assalamualaikum..

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia. Kepentingan air sama seperti oksigen. Air adalah elemen penting demi kelangsungan hidup manusia, jika manusia tidak minum air selama seminggu, manusia boleh mengalami kegagalan serius organ dalaman dan menyebabkan kematian. Di dalam Al-Quran, terdapat banyak ayat menceritakan kepentingan air untuk manusia dan segala kehidupan di muka bumi. Allah berfirman dalam surah Al-Anbiya ayat 30: "Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup." 
Rahsia keindahan kristal molekul airDr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun mendedikasi hidupnya mengkaji perubahan bentuk kristal molekul air yang didedahkan kepada pengaruh positif dan negatif. Beliau mendapati, apabila air didedahkan kepada kata-kata, tulisan dan pesanan positif, air membentuk molekul kristal indah.

Dalam satu eksperimen, air yang didedahkan kepada doa agama Shinto dibekukan, didapati mempunyai molekul bentuk kristal bersegi enam yang indah. Dr. Masaru turut mendedahkan air kepada bacaan doa mengikut agama Islam. Hasilnya? kristal molekul air membentuk kristal indah segi enam lima cabang daun berkilau indah. Beliau menggunakan air zam-zam dan mendapati ia terdiri daripada kristal molekul air bercabang dan berkilauan. Itulah kuasa Allah.

Ternyata, air boleh 'mendengar, membaca dan memahami' kata dan doa.

Oleh itu, Air Anugerah menggabungkan air sebagai penawar semulajadi dengan ayat-ayat syifa’ dan doa-doa dari al-Quran, hadis Rasulullah yang muktabar serta amalan Salafussoleh. Kombinasi unik untuk membantu menghilangkan kesakitan rohani dan jasmani anda. Insya-Allah.
Ayat-ayat al-Quran sebanyak 30 juzuk dibacakan dalam keadaan yang sempurna dengan penjagaan terhadap adab dan niat pembaca. Kemudian ayat-ayat al-Quran tersebut dibaca berulang-ulang kali mengikut kiraan tertentu.

Antara ayat-ayat dan doa-doa khusus selain bacaan 30 juzuk al-Quran yang terkandung di dalam Air Anugerah:

• Surah al-Faatihah untuk menyembuh keracunan • Surah al-Syarh untuk menghilangkan kesulitan dan bebanan
• Surah al-Qadr untuk membuka minda, hati dan menerangkan mata • Surah al-Kafirun untuk menghindari gangguan jin dan syaitan
• Surah al-Ikhlas untuk menjauhi dari pandangan manusia yang berniat jahat • Surah al-Falaq untuk menyembuh penyakit siang dan malam
• Surah al-Isra’ ayat 28 untuk pendinding dan pembimbing • Surah at-Taubah ayat 128 untuk menghilangkan kesakitan
• Ayat Kursi untuk menghindar gangguan jin dan syaitan • Surah al-Baqarah untuk keselamatan dari malapetaka yang tidak dijangka
• Surah al-Isra’ untuk penawar segala jenis kesakitan • Surah as-Saaffaat untuk mendapat kesihatan tubuh badan
• Surah A-li’imraan untuk kesihatan dan pelindung dari ganguan jin dan syaitan • Ayat-ayat Ruqyah
• Bacaan istighfar untuk pengampunan dan penyembuh rohani dan jasmani • Bacaan doa penyembuh angin ahmar
• Bacaan doa khatamul Quran untuk penyembuh penyakit rohani dan jasmani • Selawat Nabi dan doa syifa’
• Selawat Tafrijiyyah • Ayat penawar dan pembatal sihir dan pukau
• Doa menghindari ganguan syaitan • Ayat pendamai
• Ayat pelembut hati • Doa pengasih
• Doa pelaris perniagaan • Doa penyejuk hati
• Doa menghindar gangguan semasa tidur • Doa pendinding
• Doa penerang hati


Dapatkan Air Anugerah sekarang dan anda mendapat manfaat seperti:
• penyakit luaran dan dalaman semakin pulih
• wajah semakin ceria dan berseri
• hati menjadi lunak dan mudah menerima perkara yang baik
• badan semakin bertenaga dan bersemangat
• rumahtangga semakin harmoni dan gembira
• terlindung dari gangguan ilmu hitam dan makhluk halus
• hati semakin lembut dan mudah menerima nasihat (untuk kanak-kanak)
• daya ingatan semakin kuat dan cerdas
• mudah untuk melahirkan anak (untuk wanita hamil)

Kaedah penggunaan
Baca Bismillah dan selawat 3 kali sebelum minum.Kemudian lafazkan niat dalam hati. Boleh disapu pada muka dan kepala. Pastikan Air Anugerah tidak dilangkah.

Untuk maklumat lanjut tentang produk anugerah, order dan tawaran istimewa dari kami, sila ke laman Facebook kami di https://www.facebook.com/anwari.kasih 

No comments:

Post a Comment